FUNGSI BAKA

1. Memberi fokus kepada usaha mempertingkatkan mutu kehidupan melalui penguasaan ilmu dan pembangunan Islam.

2. Mengenalpasti keperluan latihan dan mengadakan ceramah, syarahan, bengkel, seminar, simposium dan konvensyen dalam usaha membina peradaban yang dicanai dengan pegangan Islam disamping membudayakan perkhidmatan kaunseling kepada warga Polis Diraja Malaysia.

3. Merancang, menyelaras dan menyediakan perkhidmatan kaunseling individu dan kelompok yang merangkumi 4 aspek:

> Pertumbuhan / Perkembangan

> Pencegahan

> Intervensi

> Pemulihan

4. Menyediakan garis panduan dan dokumentasi serta menetapkan dasar berhubung dengan perkhidmatan dan amalan kaunseling pasukan.

5. Merancang dan melaksanakan ujian-ujian psikologi dan membuat kajian, analisis, tafsiran serta kajiselidik.

6. Sebagai rujukan dan perunding dalam bidang kaunseling.

7. Menyediakan peluang latihan dan pelaksanaan program latihan dalam bidang kaunseling melalui rundingan dan perkongsian bijak dengan lain-lain Kementerian, Agensi Swasta, Badan dan Institusi Pengajian Tinggi.

8. Menyimpan semua fail dan rekod berkenaan kaunseling untuk tujuan tindakan susulan dan pengumpulan statistik.

9. Mendapatkan pengiktirafan “Personel” yang menjalankan aktiviti psikologi dan kaunseling.

10. Melakukan pemantauan bagi memastikan aspek-aspek etika dan piawaian standard amalan kaunseling di setiap peringkat pelaksanaan dipatuhi.

11. Merancang dan melaksanakan program dan aktiviti kaunseling untuk semua pegawai kaunseling dan pegawai pembimbing bagi meningkatkan profesionalisme dan kualiti kaunseling pasukan.
No posts.
No posts.